iPhone 8Plus Battery Replacement.

Ditulis pada : April 26, 2021

Battery replacement.

Problem: Battery kembung.

Solution: Tukar bateri baru.

Hai. Korang tahu tak bila kita terlalu over charging boleh menyebabkan bateri kembung dan cepat rosak. Boleh jadi juga kalau bateri dah kembung ia boleh rosakkan lcd phone terbuka.

Harini kami kongsi mengenai masalah customer kami. Beliau datang ke kedai kami mengadu yang phone beliau ni cepat sangat bateri habis(fast drain). Beliau meminta kami untuk periksa sama ada jikalau ada masalah lain. Beliau cuba untuk hidupkan tetapi tak boleh.

Replacement battery.

Kami cadangkan untuk menukar bateri yang lama kepada yang baru. Dan beliau bersetuju.

Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Customer berpuas hati.

Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting.

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik mengikut tips yang telah diberikan. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

P/s: Jika anda ada sebarang masalah atau pertanyaan, jangan segan jangan malu boleh direct terus ke kedai kami atau boleh terus hubungi kami di talian 011-11931141 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments