Iphone 7plus Battery Replacement

Ditulis pada : March 24, 2021

Battery replacement.

Problem: Bateri rosak/kembung/out service

Solution: Tukar bateri baru.

Hai. Sekarang banyak masalah dengan bateri kan. Kebanyakan bermasalah dengan rosak dan out service. Nak diceritakan, harini kami terima salah satu customer kami ni datang ke kedai kami memberitahu kami yang phone beliau problem. Beliau beritahu kami yang beliau cuba untuk cas phone kekadang dia naik kekadang turun. Onetime tu, bateri 50% dah mati. So beliau meminta kami untuk periksa phone beliau.

Kami mendapati phone bateri phone beliau rosak. Kami cadangkan untuk menukar bateri yang lama ke yang baru untuk jadi seperti normal. Beliau bersetuju.

Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting.

Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Customer berpuas hati

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik mengikut tips yang telah diberikan. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

P/s: Jika anda ada sebarang masalah atau pertanyaan, jangan segan jangan malu boleh datang terus ke kedai kami atau boleh terus hubungi kami di talian 011-11931141 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments