Iphone 6 Battery and LCD Replacement.

Ditulis pada : March 22, 2021

Battery and lcd Replacement.

Problem: Lcd crack & battery service/rosak.

Solution: Tukar bateri dan lcd yang baru.

Satu customer ni datang mengadu yang screen iPhone beliau tidak boleh touch selepas beberapa minggu iPhone nya tidak dihidupkan. Beliau minta kami periksa masalah LCD tersebut dan kami dapati LCD tidak boleh digunakan lagi akibat kerosakan pada bahagian LCD. Kami nasihatkan beliau untuk membuat penukaran LCD lama kepada yang baru agar iPhone nya dapat digunkan dengan baik dan normal seperti biasa . Beliau bersetuju.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Kami juga sarankan untuk menukar bateri yang lama kepada yang baru. Kami dapati bateri beliau juga bermasalah perlu ditukar untuk kesenangan beliau sebab kami dapati bateri beliau “out service” so beliau juga bersetuju untuk tukar yang baru.

Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting.

Battery and LCD Replacement

Customer berpuas hati

Customer berpuas hati

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri dan lcd tersebut dengan baik mengikut tips yang telah diberikan. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

P/s: Jika anda ada sebarang masalah atau pertanyaan, jangan segan jangan malu boleh datang terus ke kedai kami atau boleh terus hubungi kami di talian 011-11931141 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments