Ada Apa Pada iOS ?

Ditulis pada : February 18, 2018

Ada Apa Pada iOS ?

iOS 1

Pada tahun 2007, Steve Jobs memperkenalkan iPhone. Saat itu, Steve Jobs menggunakan iOS versi pertama pada produk pertama keluaran Apple tersebut. Versi pertama iOS ini dikembangkan dari OS X. Sistem operasinya sendiri pada masa  itu masih tertutup untuk pihak ketiga. Kemudian Apple melancarkan iPhone 2G yang juga menggunakan iOS versi 1.0

iOS 2

September 2007, Apple melancarkan iOS 2.0. Versi inilah yang membuat  iPhone menjadi terkenal. Ketika iOS 2 telah dilancarkan, App Store juga telah diperkenalkan kepada pengguna iPhone. Namun, pengguna boleh menggunakannya pada Julai 2008 semasa iPhone 3G dikeluarkan.

iOS 3

Apple kemudian mengeluarkan model iPhone 3GS. Untuk menyokong model ini, Apple menaiktaraf sistem operasi generasi berikutnya, iOS 3.0. Pada sistem operasi ini, banyak ciri-ciri menarik seperti sokongan terhadap MMS, push notification, keyboard landscape, voice note, dan kompas. Sistem operasi ini juga telah menyokong IMAP dan shake to shuffle.

iOS 4

Pada versi keempatnya, atau dikenal dengan iOS 4, Apple membuat pembaharuan yang cukup besar. Diantaranya adalah sokongan multitasking yang lebih efektif agar bateri lebih tahan lama apabila digunakan, pengaturan menyalakan dan mematikan data cellular, penambahan sokongan ciri-ciri pada foto, pengaturan playlist yang lebih kreatif, serta passcode untuk keselamatan. Penambahan ciri-ciri yang banyak ini membuat sistem operasi yang dilancarkan pada tahun 2010 termasuk salah satu sistem operasi Apple yang cukup bagus.

iOS 5

Pada iOS kelima, ia juga membawa ciri-ciri yang cukup banyak. Ciri-ciri yang ada di iOS 5 ini cukup penting. Contohnya adalah iMessage, kemudahan mengambil foto dengan menekan butang, serta notifikasi yang muncul pada bagian atas. Ciri notifikasi inilah yang cukup menarik kerana kemudahan pengguna dalam membaca maklumat yang masuk.

Selain itu, pada iOS 5 ini juga terdapat sokongan cloud storage,  iTunes melalui jaringan Wi-Fi, serta kehadiran Siri. Siri merupakan perubahan terbesar yang ada pada iOS 5. Pasalnya, kehadiran Siri cukup membawa perubahan penggunaan teknologi kerana Siri adalah aplikasi pembantu pintar untuk pengguna. Sistem operasi iOS 5 cukup hebat.

iOS 6

Versi keenam iOS yang dilancarkan pada tahun 2012 menjadi masalah. Masalah yang cukup serius adalah tiada sokongan Google Maps, aplikasi peta terkenal yang banyak digunakan. Apple cuba menggantinya dengan Apple Maps. Tetapi aplikasi dianggap kurang baik oleh pengguna. Terlepas dari masalah yang ada, iOS 6 membawa ciri-ciri menarik seperti integrasi Facebook, Facetime, notification center.

iOS 7

Pada versi ketujuh, tidak ada penambahan ciri-ciri baru yang cukup baru yang berpengaruh besar. Kalaupun ada tidaklah terlalu menarik. Contoh fitur barunya adalah control center untuk pengaturan cepat dan Airdrop untuk menghantar pelbagai jenis multimedia kepada semua pengguna iPhone sahaja. Sistem operasi yang keluar pada tahun 2013 ini dilancarkan dengan design ikon yang lebih sederhana serta latar animasi yang menarik.

iOS 8

Diperkenalkan tahun 2014, iOS 8 membawa aplikasi bernama Health. Pada sistem operasi ini juga terdapat peningkatan fitur pada foto, dukungan iCloud Drive, fitur berbagi konten untuk keluarga, aktivasi Siri lewat suara, serta pengetikan yang lebih cepat lewat Quicktype. Sistem operasi ini juga hadir dengan desain antarmuka yang lebih flat dibandingkan sebelumnya.

iOS 9

iOS 9 memiliki kode nama “Monarch” , adalah sistem operasi telefon pintar generasi kesembilan yang dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015. iOS 9 jauh lebih ringan dari iOS 8, jadi tiada masalah jika pengguna iOS 8 untuk mengemaskini sistem operasi ini. iOS 9 tidak mengubah design dari iOS 8 secara keseluruhan, namun lebih pada penambahan pada aplikasi.

Siri yang lebih proaktif, aplikasi baru bernama News, pembaharuan pada aplikasi Note, menambahkan petunjuk arah transit di Maps, menggantikan nama aplikasi Wallet menjadi store and loyalty, CarPlay dan mode slide-over serta split-screen untuk iPad. iOS 9 juga mengalami beberapa update minor untuk  lebih meningkatkan prestasinya. Proses update iOS 9 terdiri dari versi iOS 9.0.1 hingga iOS 9.3.5.

iOS 10

Menjadi sistem operasi untuk iPhone dan iPad penerus dari iOS 9, pelancaran iOS 10 dilakukan pada 13 September 2016. iOS 10 dihadirkan dengan beberapa penambahbaikan dari iOS 9. iOS 10 sendiri telah menambahkan banyak ciri baru yang menarik. Salah satunya adalah pada lock screen.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan 3D Touch pada notifikasi. Di iOS 10 anda boleh membuang semua notifikasi dengan mudah, hanya dengan satu sentuhan. Control Center juga mendapatkan design baru, dan menambah muzik playlist.

Ada juga ciri-ciri baru untuk beberapa aplikasi. Pada aplikasi mesej, kini sudah memiliki emoji yang membuat pesan menjadi lebih menarik. Lalu aplikasi pihak ketiga juga dapat memperluaskan fungsi di iMessage.

iOS 11

iOS 11 adalah sistem kesebelas dari sistem operasi mobile iOS yang dikembangkan Apple.Pelancaran ini terjadi pada  19 September 2017 dengan melakukan beberapa perubahan. Apple menambahkan beberapa ciri-ciri pada iOS 11, salah satunya menggabungkan lock screen dan Notification Center. Perubahan ini membuatkan semua notifikasi ditampilkan secara langsung di lock screen.

App Store juga mengalami perubahan visual yang lebih fokus pada daily highlight harian. Lalu perubahan juga terjadi pada aplikasi file manager “File” yang kini memungkinkan akses terus ke file yang tersimpan di cloud.

Yang menarik, di iOS 11 Siri boleh menterjemahkan antara bahasa dan menggunakan teknik “on-device learning” yang bersifat privasi untuk lebih memahami minat pengguna dan menawarkan saranan.  Tambahan pula, Siri kini boleh menangani kontrol aplikasi musik meskipun tidak terhubung ke internet. Kontrol musik tersebut termasuk play, pause, resume, skip, next dan lainnya. Sangat berguna semasa menggunakan AirPods dalam kapal terbang.

Anda rasa artikel ini berbaloi untuk dikongsi ? Silakan share 🙂

 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments