iPhone 6 Lcd Replacement.

Ditulis pada : April 24, 2021

Lcd replacement.

Problem: Lcd blank.

Solution: Tukar lcd yang baru.

Hai. Pernah tak terjadi pada phone korang lcd atau screen tetiba gelap blank gitu. Tapi bila korang cas phone, ia masuk tetapi takde display. Sama juga bila notification masuk tetapi display blank.

Mengenai harini, ada salah sorang customer kami datang ke kedai kami. Beliau mengadu pada kami yang phone beliau ni bermasalah. Beliau ada kata yang phone beliau ni baru jadi sebab jatuh. Beliau beritahu yang lcd beliau ni tak hidup blank gitu. Beliau ada kata pada kami yang beliau cuba cas, ia masuk dan notification pon masuk tetapi tiada display.

Beliau meminta kami untuk periksa sama ada jika ada masalah lain yang rosak. Setelah kami periksa, tiada masalah semuanya okay memang masalah pada lcd beliau. Kami cadangkan untuk menukar lcd yang baru dan beliau bersetuju.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Customer berpuas hati.

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah customer ni . Kami menasihati supaya berhati-hati. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

P/s: Jika anda ada sebarang masalah atau pertanyaan, jangan segan jangan malu boleh datang terus ke kedai kami atau boleh terus hubungi kami di talian 011-11931141 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments