LCD Pocophone F1 Replacement (MCO)

Ditulis pada : April 28, 2020

LCD Pocophone F1 Replacement (MCO)
Problem: LCD Crack

Hai guys ! Sejak PKP ni macam macam ya jadi. Ada yang tiba tiba bateri phone kembung, LCD blackout.
Jangan risau, kami ada untuk anda.

Selepas membuat temujanji, pelanggan ni datang untuk membaiki phone beliau.

Beliau beritahu kami yang phone beliau terjatuh dari tempat tinggi kemudian retak dan blackout. Kami lihat yang phone beliau tidak boleh berfungsi. Kami menyarankan beliau untuk tukar LCD satu set supaya phone beliau dapat digunakan seperti biasa.

Kami sudah menukarkan LCD yang lama dengan yang baru.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Kami berjaya menyelesaikan masalah Customer ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan harga kami dan servis serta layanan yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

 

P/S: Jika ingin mendapatkan servis dari kami, boleh hubungi kami di talian +6011- 1193 1141 (Whatsapp) untuk appoinment.

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments