Repair Motherboard (Camera IC)/Screen Replacement iPhone 7 Plus

Ditulis pada : March 28, 2019
Repair Motherboard (Camera IC)Screen Replacement iPhone 7 Plus

Repair Motherboard (Camera IC)/Screen Replacement iPhone 7 Plus

Problem : Camera Gelap(Blank)/Screen Cant Touch

Harini Customer ni datang kedai kami mengadu yang screen iPhone beliau tak boleh touch dan kamera jadi gelap (Blank) kerana terkena air hujan  . Beliau minta kami periksa masalah iPhone nya sama ada masih boleh digunakan lagi atau tidak. Setelah memeriksa iPhone milik beliau, kami dapati Camera IC pada iPhone nya sudah rosak. Kami memberi cadangan supaya beliau Repair Board (Camera IC) dan tukar LCD lama kepada yang baru jika mahu smartphone beliau kembali normal seperti biasa. Beliau setuju.

Untuk pengetahuan anda semua, jika kerosakan pada board kami akan hantar ke makmal kerana di premis kami tiada alat ganti untuk membaiki segala kerosakan pada board anda. Beliau setuju untuk buat.

Selepas 3 hari, iPhone tersebut berjaya disiapkan oleh technician kami. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan iPhonetersebut dengan baik. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Repair Motherboard (Camera IC)Screen Replacement iPhone 7 Plus

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments