Replacement Battery Redmi Note 4

Ditulis pada : March 8, 2019
Replacement Battery Redmi Note 4

Replacement Battery Redmi Note 4

Problem : Phone Bootloop

Harini Abang ni datang kedai kami dan bagitahu yang smartphone beliau terkena air. Bila kami tanya ada masalah apa pada smartphone sekarang? Smartphone jadi hidup mati tiba tiba (Bootloop), jawabnya. Beliau minta kami periksa keadaan smartphone sekarang dan kami dapati bateri tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi kerana bateri sudah terkena air. Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri lama kepada yang baru. Beliau setuju.

Kami menasihatkan pada semua pengguna smartphone elakkan charge telefon menggunakan car charger kerana power kereta sangat tinggi dan peratus board akan rosak juga tinggi.

Antara punca bateri tersebut drain adalah :-

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Abang ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Replacement Battery Redmi Note 4

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments