Repair Motherboard (Touch IC) & Battery iPhone 6 Plus

Ditulis pada : February 15, 2019
Repair Motherboard (Touch IC) & Battery iPhone 6 Plus

Repair Motherboard (Touch IC) & Battery iPhone 6 Plus

Problem : LCD tak boleh Touch (GreyBar) / Battery No Data

Harini Abang ni datang kedai kami dan bagitahu iPhone beliau tak boleh sentuh pada LCD selepas terjatuh. Dan beliau beritahu, kadang-kadang ada garisan turun naik dari screen belah atas. Beliau minta untuk kami cek sama ada masalah LCD ataupun komponen pada board. Bila kami cek, rupanya ada masalah pada touch IC. Jadi, kami cadangkan customer ni untuk repair touch IC pada board supaya dapat digunakan seperti biasa. Beliau setuju untuk buat.

Untuk pengetahuan anda semua, jika kerosakan pada board kami akan hantar ke makmal kami kerana di premis kami tiada alat ganti untuk membaiki segala kerosakan pada board anda. Beliau setuju untuk buat.

Selepas 2 hari, iPhone tersebut berjaya disiapkan oleh technician kami. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

Beliau juga meminta kami periksa keadaan bateri iPhone beliau kerana phone kerap mati sendiri semasa digunakan. Bila kami periksa bateri iPhone beliau kami dapati tiada bacaan pada “bateri life” iaitu NO DATA. Kami menasihati beliau untuk tukarkan bateri lama ke bateri yang baru. Beliau bersetuju.

Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.

Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Terima kasih kerana percayakan service kami.

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments