Battery iPhone 6S Replacement

Ditulis pada : February 12, 2019
Battery iPhone 6s replacement

Battery iPhone 6S Replacement

Problem : Water damaged

Harini Customer ni datang kedai kami dan bagitahu yang iPhone 6s miliknya masuk air. Jadi, langkah pertama yang kami perlu buat adalah membuat cleaning water damage pada board. Kami cuci menggunakan bahan kimia kemudian keringkan menggunakan mesin yang kami ada.

Proses mencuci board sudah siap. Kami cuba pasangkan semula board tersebut dan telefon tersebut masih boleh berfungsi dengan baik. Kami cadangkan beliau untuk tukar bateri lama kepada yang baru. Beliau setuju.

Kami berjaya mengembalikan telefon tersebut dalam keadaan normal dan boleh digunakan semula seperti biasa. Kami juga memberi sedikit tips atau cara untuk menjaga bateri kerana bateri telahpun ditukar kepada yang baru. Tips tersebut dapat menjaga jangka hayat bateri supaya bertahan lebih lama. Antaranya ialah :-

  • Kali pertama : Gunakan sehingga bateri pada 10%, kemudian caj sehingga 4 jam.
  • Kali kedua : Gunakan sehingga bateri pada 10%, kemudian caj sehingga 5 jam.
  • Kali ketiga dan seterusnya : Caj sehingga penuh dan cabut.
  • Elakkan daripada telefon terus mati dalam masa sebulan awal.

Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

 

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

 

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan phone dan bateri tersebut dengan baik mengikut tips yang telah kami kongsi kan.
Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments