Repair Battery Samsung Galaxy S7 Edge

Ditulis pada : August 18, 2018
Battery Samsung Galaxy S7 Edge

Repair Battery Samsung Galaxy S7 Edge

Problem : Battery Drain dan Panas

Hai. Post kali ini saya akan menerangkan masalah dan jalan penyelesaian tentang bateri bagi model Samsung Galaxy S7 Edge.

Harini Puan Masmulia datang kedai dan bagitahu yang bateri telefon beliau terlalu cepat habis dan phone kerap panas. Bila baru caj, kemudia gunakan sekejap tak sampai 5 minit dah drop ke 80% daripada 100%.
Beliau minta untuk kami periksa masalah bateri  tersebut. Bila kami cek, kami dapati bateri yang digunakan memang sudah tidak boleh digunakan lagi.

Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri lama kepada yang baru. Beliau setuju.

Antara punca bateri tersebut drain adalah :-

  • Terlalu lama caj (Overcharge)
    – Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
  • Penggunaan telefon semasa mengecas
    – Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
  • Menggunakan cable yang tidak original
    – Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
  • Terlalu kerap mengecas
    – Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Puan Masmulia. Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.
Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments