LCD & Battery iPhone 5s Replacement

Ditulis pada : March 11, 2018

LCD & Battery iPhone 5s Replacement

Problem : LCD tak boleh sentuh & Bateri Kembung

Harini abang ni datang kedai kami dan bagitahu yang iPhone 5s miliknya tidak boleh disentuh. Beliau minta untuk kami periksa masalah apa yang telah dialami oleh telefon tersebut. Bila kami periksa, kami dapati bateri pada telefon tersebut telah pun kembung dan mengakibatkan tekanan pada LCD sehingga menyebabkan LCD tidak boleh disentuh.

Kami mencadangkan supaya beliau menukar bateri dan LCD telefon tersebut supaya ianya dapat digunakan seperti biasa.
Beliau setuju.

Alhamdulillah, kami berjaya mengembalikan telefon tersebut dalam keadaan normal dan boleh digunakan semula seperti biasa. Kami juga memberi sedikit tips atau cara untuk menjaga bateri kerana bateri telahpun ditukar kepada yang baru. Tips tersebut dapat menjaga jangka hayat bateri supaya bertahan lebih lama. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Selain itu, kami memberi cara-cara penjagaan bateri jika baru ditukar supaya ianya dapat di fixkan dengan sistem.
Antaranya ialah : –

  • Kali pertama : Gunakan sehingga bateri pada 10%, kemudian caj sehingga 4 jam.
  • Kali kedua : Gunakan sehingga bateri pada 10%, kemudian caj sehingga 5 jam.
  • Kali ketiga dan seterusnya : Caj sehingga penuh dan cabut.
  • Elakkan daripada telefon terus mati dalam masa sebulan awal.

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah abang ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.
Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

MRFIX Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Everyday Open)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/601111931141  

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments