JENIS-JENIS  ANDROID

Ditulis pada : February 14, 2018

JENIS-JENIS  ANDROID

Hai Assalamualaikum.

Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon pintar, laptop atau tablet.
Android dibangunkan oleh Google berdasarkan system persiaran Linux dan perisian GNU. Pada asalnya dibangunkan oleh Android Inc dan kemudiannya telah dibeli oleh Google.

Post kali ini saya akan memberi serba sedikit penerangan mengenai  jenis-jenis  Android yang terdapat pada telefon pintar anda. Setiap pengeluaran telefon pintar yang anda beli mempunyai jenis  Android yang berbeza. Ia berdasarkan tahun atau masa pengeluaran telefon pintar tersebut.

Antaranya ialah :-

  1. Apple Pie / Alpha version 1.0
    – Ianya untuk OS pertama yang dimiliki oleh Android. Android ini telah dilancarkan pada Mac 2009 oleh Google. Android ini dilengkapi dengan kemas estetik dalam aplikasi, jam penggera, voice search, penghanaran mesej dengan Gmail, dan notis e-mel.
  2. CupCake version 1.5
    – Pada pertengahan Mei 2009, Google kembali mengeluarkan telefon bimbit dengan menggunakan Android dan Software Development Kit dengan versi 1.5. Terdapat beberapa ciri-ciri yang ditambah pada versi ini antaranya ialah, kemampuan merakam dan menonton video ke Youtube, sokongan Bluetooth A2DP, kemampuan disambungkan secara automatic ke alat dengar Bluetooth dan keyboard pada skrin yang boleh disesuaikan dengan system.
  3. Donut version 1.6
    – Pada versi ini, ianya telah dikeluarkan pada bulan September tahun 2009 dan menampilkan proses carian yang lebih baik berbanding sebelumnya, penggunaan bateri penunjuk dan kawalan VPN. Ciri-ciri lain adalah album yang membolehkan pengguna untuk memilih gambar yang akan dihapuskan.
  4. Éclair version 2.0-2.1
    – Pada 3 Disember 2009, telefon pintar telah dilancarkan semula dengan Android versi 2.0/2.1. Perubahan yang dilakukan adalah untuk mengoptimumkan hardware, meningkatkan Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan pelayar baru dan sokongan HTML 5, senarai kenalan yang baru, sokongan flashuntuk kamera 3, 2 Megapixels, digital zoom dan Bluetooth 2.1.
  5. Froyo / Frozen Yogurt version 2.2
    – Pada 20 Mei 2010, Android ini dilancarkan. Perubahan-perubahan umumnya terhadap versi-versi antaranya Adobe Flash 10.1, kelajuan prestasi dan aplikasi 2-5 kali lebih cepat, integrasi V8 Javascript digunakan Google Chrome yang mempercepatkan kemampuan carian pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi Hotspot mudah alih.
  6. Gingerbread version 2.3
    – Android versi 2.3 ini telah dilancarkan pada 6 Disember 2010 dan telah diberi nama sebagai Gingerbread. Ciri-ciri yang diubah bagi Android ini adalah kemampuan permainan (gaming), fungsi copy & paste, sokongan format video VP8 dan WebM, kesan audio baru dan sokongan jumlah kamera lebih daripada satu.
  7. Honeycomb version 3.0/3.1
    – Direka khusus untuk tablet. Android ini menyokong saiz skrin yang lebih besar. Ianya menyokong multi pemproses dan juga pengaksesan (kelajuan) hardware untuk grafik. Tablet pertama yang dibuat dengan menjalankan Honeycob adalah Motorola Xoom.
  8. Ice Cream Sandwich version 4.0
    – Dikeluarkan pada tarikh 19 Oktober 2011, membawa ciri Honeycomb untuk smartphone dan menambah ciri-ciri baru termasuk membuka lockscreen dengan pengenalan wajah, rangkaian data pemantauan penggunaan dan kawalan, tambahan fotografi, mencari emel secara offline.
  9. Kitkat version 4.4
    – Diumumkan dan dikeluarkan pada tahun 2013 bersamaan dengan telefon pintar jenama Nexus 5 dikeluarkan.
  10. Lollipop version 5.0
    – Android versi ini dikeluarkan pada 12 November 2014. Ciri-ciri tambahan yang baru antaranya ialah, theme yang menarik, tampilan yang lebih moden, dan ada kelengkapan aplikasi yang baru iaitu Cloud untuk menyimpan data dengan lebih efisyen.
  11. Marshmallow version 6.0
    – Adalah versi terbaru pada sistem operasi Android. Dilancarkan dengan ciri Doze, pambaharuan kebenaran aplikasi, sokongan USB-C, dan sokongan cap jari untuk membuka lockscreen.

Anda rasa artikel ini berbaloi untuk dikongsi? Silakan share 🙂

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments