Buzzer Speaker iPad 2 Replacement

Ditulis pada : February 11, 2018

Buzzer Speaker iPad 2 Replacement

Problem : Suara Pecah

Hai. Post kali ini saya akan menerangkan masalah dan jalan penyelesaian tentang speaker iPad 2 yang pecah.

Harini puan ni datang kedai kami dan bagitahu yang bunyi suara pada iPad beliau pecah dan bunyi seperti ada pasir.
Beliau dapat kenalpasti terjadi begitu semasa cucunya sedang bermain iPad tersebut dan dapati bunyi telah pecah.
Jadi, beliau terus datang ke kedai kami untuk tahu lebih lanjut mengenai masalah tersebut. Beliau minta untuk kami periksa iPad tersebut.

Bila kami periksa, kami dapati buzzer speaker yang terletak pada iPad tersebut telah pun terkoyak. Berkemungkinan akibat daripada iPad tersebut pernah terjatuh dengan kerap dan membuatkan speaker tersebut koyak sekaligus membuatkan bunyi yang dikeluarkan daripada iPad tersebut pecah dan tidak sedap didengar.

Punca-punca menyebabkan bunyi daripada speaker pecah :-

  • Speaker Kotor atau Berdebu
    – Atas faktor jangka hayat telefon pintar yang anda gunakan, kemungkinan speaker pada telefon pintar tersebut kotor atau berdebu kerana jarang ada individu yang terlalu menjaga telefon pintar mereka sehingga akan membuka casing untuk membersihkan debu atau kotoran. Oleh sebab itu, menyebabkan bunyi suara menjadi kasar atau berdesis.
  • Membuka Volume Terlalu Kuat
    – Hal ini dapat menyebabkan speaker bergetar terlalu kuat dan dapat merosakkan lapisan speaker yang sangat nipis.
    Ia juga menyebabkan bunyi yang keluar daripada speaker tersebut pecah.
  • Mendengar Lagu Menggunakan Earphone
    – Pada luarannya, memang tidak nampak kerosakan apabila mengguna earphone ketika mendengar lagu. Tetapi hakikatnya ia menyebabkan bunyi pada speaker pecah apabila earphone ditanggalkan. Kerana suara yang dikeluarkan apabila menggunakan earphone semakin mengecil dan hilang daya pada speaker.

Kami berjaya menyelesaikan masalah beliau. Kami juga menasihati supaya elakkan daripada iPad terjatuh dan menaikkan volume dengan kuat. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

MRFIX Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Everyday Open)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/601111931141  

 

 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments