Setting EMERGENCY CALL iPhone & Android

Ditulis pada : December 13, 2017
CARA MENETAPKAN EMERGENCY CALL

CARA MENETAPKAN EMERGENCY CALL PADA iPhone & ANDROID

Hai. Sekarang ni dah jadi viral kat facebook kan pasal cara kita nak setting emergency call dekat telefon kita. So, mesti lah ramai yang dah tahu kan? Tapi bagi yang tak tahu lagi tu, boleh lah follow step kat bawah ni.

Tapi apa tujuannya ?

Tujuannya adalah supaya jika perkara yang tak diingini terjadi kepada kita, contoh kemalangan atau telefon hilang ke, mana tahu orang yang nak tolong kita tu tengok phone kita, tapi LOCK. Tak tahu password. Kalau orang tu bijak , dia akan tekan emergency call tu, automatik nombor-nombor family yang kita set akan terkeluar kat situ. Saya sarankan, lebih baik anda siap-siap set dekat telefon anda sebelum terjadi apa-apa. Benda nak berlaku, kita tak jangka.

Satu cara untuk iPhone. Tak kira la iPhone yang keberapa sekalipun.
Kedua untuk pengguna android . Asus dan seangkatan dengannya.

1. Cara Set Emergency Call Bagi Pengguna iPhone / Apple User

 

       

Firstly, anda klik Health App. Anda tidak perlu download. Sebab aplikasi ni dah memang tersedia dekat dalam telefon anda. Lepastu, isi maklumat anda.

 

     

Klik Create Medical Information. Kalau anda memang ada sakit yang serius dan orang jumpa anda dalam keadaan tak sedarkan diri, lebih baik anda isi maklumat tersebut.  Lepastu anda klik add emergency contact untuk tambah nombor telefon orang yang penting untuk dihubungi.

 

     

Lepastu, pilih nama yang penting dan senang untuk dihubungi dan pilih juga hubungan. Contoh: mak, ayah, adik, kakak.

 

Bila dah pilih, automatic dah keluar nombor telefon dan hubungan sekali.

 

     

Dah siap setting, anda cuba lockscreen telefon dan buka. Tapi jangan masukkan passcode, anda klik Emergency. Dan keluar lembaran Emergency Call dan boleh klik Medical ID. Nanti akan keluar senarai nama dan nombor telefon yang anda pilih.

 

 

2. Cara Set Emergency Call Bagi Pengguna Android 5.0 (Asus Zenfone 2)

Macam pengguna android, lain jenis, lain cara. Tapi serupa. Follow je step kat bawah ni.

 

     

 

Mula-mula, anda pergi ke Setting dan klik Lock Screen –> klik Owner Info untuk mengemaskini maklumat anda.

 

     

Anda perlu masukkan maklumat seperti nombor telefon dan nama yang diperlukan jika berlaku kecemasan seperti kemalangan dan sebagainya. Anda juga diingatkan supaya klik Show owner info on lockscreen bagi memastikan ianya berada di lockscreen anda.

 

 

 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments