Repair Battery iPhone 5SE

Ditulis pada : January 29, 2019
Repair battery iPhone 5SE

Repair Battery iPhone 5SE

Problem : Battery kembung

Harini Adik ni datang kedai kami mengadu yang bateri iPhone kembung. Menurut beliau, beliau kerap overcharge dan main Game sambil charge. Beliau minta kami periksa masalah iPhone nya dan bila kami periksa dan kami dapati bateri beliau sudah kembung. Dan bernasib baik kerana tiada apa-apa effect pada Lcd. Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri lama kepada yang baru jika mahu smartphone beliau kembali normal seperti biasa. Beliau setuju.

Antara punca bateri tersebut rosak adalah :-

Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.

Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Adik ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

    

Oleh Eyta Hamid

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *