Battery & LCD iPhone IP6 Replacement
Problem : Bateri Kembung Dan Lcd Susah Touch
Harini Customer ni datang kedai kami mengadu yang screen iPhone beliau terangkat dan screen jadi susah tekan. Beliau minta kami periksa masalah iPhone nya dan kami dapati bateri iPhone beliau sudah kembung, menyebabkan screen terangkat dan ada effect pada Lcd. Kami memberi cadangan supaya beliau tukar bateri dan lcd lama kepada yang baru jika mahu smartphone beliau kembali normal seperti biasa. Beliau setuju.
Antara punca bateri tersebut kembung adalah :-
Terlalu lama caj (Overcharge)
– Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
Penggunaan telefon semasa mengecas
– Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
Menggunakan cable yang tidak original
– Charger tiruan tidak ada Cut Off. Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
Terlalu kerap mengecas
– Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.
Kami tukarkan bateri dan LCD lama kepada yang baru. Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-
- Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
- Emel yang kerap masuk.
- Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
- Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting
Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-
- Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas.
– Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar. - Membuat penukaran LCD jika diperlukan.
– Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru. - Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
– Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut. - Tekanan
– Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda. - Cahaya Matahari
– Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning. - Kain Lembut
– Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.
Kami dah berjaya menyelesaikan masalah Customer ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.
“Pelanggan puas hati, kami senang hati”
0 Comments