LCD & Battery iPhone 6 Plus Replacement

Ditulis pada : January 6, 2018

LCD & Battery iPhone 6 Plus Replacement

Problem : LCD Blank, LCD Ghost Touch, Bateri Bocor

Hai. Post kali ini saya akan menerangkan masalah dan jalan penyelesaian tentang
dua buah iPhone 6 Plus milik abang dan akak ni. Saya akan ceritakan satu persatu tentang masalah tersebut.

Pertama : iPhone 6 Plus LCD blank, bateri bocor.
Kami tanya ada apa-apa terjadi ke sebelum ni? Terjatuh atau tercampak?
“Takde. Saya dah pakai iPhone ni dari awal keluaran model ni lagi tapi dah pernah tukar LCD sebelum ni.”
Kami pun pelik dengan kenyataan tersebut. Kami cadangkan untuk abang ni tukar LCD baru. Beliau setuju.

Tetapi, bila kami cek bateri, kelihatan bateri tersebut telah pun bocor dan kami masih tertanya-tanya macam mana boleh berlaku begitu. Kami cadangkan untuk tukar bateri juga. Beliau setuju.

Kedua : iPhone 6 Plus LCD Ghost Touch
iPhone tersebut adalah milik isteri beliau. Beliau bagitahu yang LCD tersebut kadang-kadang tersentuh sendiri tanpa menggunakan jari. Beliau hairan sebab sebelum ni tak pernah terjadi.
Kami cadangkan untuk abang ni tukar LCD lama kepada yang baru. Beliau bersetuju.

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah kedua-dua iPhone tersebut.
Telefon tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Mereka sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

MRFIX Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Monday Closed)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/60111193114 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments