Repair Battery Samsung Tab 10.1

Ditulis pada : July 24, 2018
Battery Samsung Tab 10.1

Battery Samsung Tab 10.1 Replacement

Problem : Battery Drain, Overheated

Hai. Post kali ini saya akan menerangkan masalah dan jalan penyelesaian tentang bateri yang drain bagi model Samsung Tab 10.1.

Harini abang ni datang kedai dan bagitahu yang beliau ingin menukar bateri tablet miliknya.
Bila kami tanya apa masalah pada bateri? Sebelum ini tablet beliau cepat habis bateri dan panas tiba-tiba. tapi sekarang tablet beliau tidak boleh hidup, jawabnya. Bila kami cek, bateri tersebut memang sudah rosak disebabkan overcharge. So, kami cadangkan beliau untuk tukar bateri lama kepada yang baru. Beliau setuju.

Antara punca bateri tersebut drain adalah :-

  • Terlalu lama caj (Overcharge)
    – Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
  • Penggunaan telefon semasa mengecas
    – Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
  • Menggunakan cable yang tidak original
    – Charger tiruan tidak ada Cut Off.Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
  • Terlalu kerap mengecas
    – Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami tukarkan bateri lama kepada yang baru. Tablet tersebut kembali normal dan boleh digunakan seperti biasa.
Kami juga memberi sedikit tips supaya bateri dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Antaranya ialah :-

  • Mematikan aplikasi yang tidak digunakan tetapi masih running.
  • Emel yang kerap masuk.
  • Location services yang dibuka pada aplikasi yang tidak diperlukan.
  • Auto-update yang tidak dimatikan pada aplikasi yang tidak penting

Kami dah berjaya menyelesaikan masalah abang ni . Kami menasihati supaya menggunakan bateri tersebut dengan baik.
Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments