Repair LCD , Bateri & Charging Port Samsung Note 3

Ditulis pada : May 16, 2018
LCD ,Battery & Charging Port Samsung Note 3

Repair LCD , Bateri & Charging Port Samsung Note 3

Problem : LCD blank, cas tak masuk & bateri rosak

Harini brother ni datang kedai kami mengadu masalah yang smartphone beliau sudah lama tidak digunakan dan bila mahu digunakan smartphone beliau tidak hidup. Beliau minta kami periksa sama ada boleh digunakan lagi atau tidak. Kami periksa menggunakan mesin bacaan, smartphone beliau masih boleh digunakan tetapi beliau perlu membuat pertukaran LCD dan charging board. Beliau pun bersetuju.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Semasa ingin menghidupkan semula telefon itu, kami dapati bateri yang digunakan tidak boleh digunakan lagi. Ianya telah pun kehabisan bateri dan tiada data. Jadi, kami cadangkan untuk beliau tukar bateri lama kepada yang baru. Beliau setuju.

Antara punca bateri tersebut drain adalah :-

  • Terlalu lama caj (Overcharge)
    – Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri dan menyebabkan bateri kembung ataupun panas.
  • Penggunaan telefon semasa mengecas
    – Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
  • Menggunakan cable yang tidak original
    – Charger tiruan tidak ada Cut Off.Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%
  • Terlalu kerap mengecas
    – Mengecas apabila bateri belum low. Contohnya, bateri masih 40% tapi nak caj juga. Tunggu sehingga bateri pada 10% baru boleh caj.

Kami berjaya menyelesaikan masalah brother ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan harga kami dan servis serta layanan yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

MRFIX Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Everyday Open)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/60111193114

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments