LCD iPhone 5s Replacement

Ditulis pada : March 7, 2018
LCD iPhone 5s

LCD iPhone 5s Replacement

Problem : Double Display & Shaking

 

Hai. Post kali ini saya akan menerangkan masalah dan jalan penyelesaian tentang LCD model iPhone 5s.

Harini abang ni datang kedai kami dan bagitahu yang LCD telefon miliknya ada garisan berlapis dan bergegar akibat terjatuh.
Beliau minta untuk kami periksa masalah yang dihadapi. Bila kami periksa, kami dapati yang LCD telefon tersebut memang sudah tidak boleh di sentuh lagi dan perlu ditukar. Kami cadangkan untuk beliau tukar. Beliau setuju.

Kami juga memberi sedikit tips untuk menjaga LCD. Antaranya ialah :-

  • Jangan menggunakan telefon pintar anda terlalu lama dan menyebabkan ianya panas. 
    – Contohnya : Menggunakan telefon pintar 3-4 jam tanpa henti. Hal ini untuk mengelakkan LCD anda mudah panas dan terbakar.
  • Membuat penukaran LCD jika diperlukan. 
    – Kebiasaannya, jika penggunaan telefon pintar sudah melebihi 2 tahun, keadaan LCD nya juga akan mengalami sedikit gangguan dan mengurangkan daya LCD tersebut. Justeru, anda perlu membuat penukaran LCD baru.
  • Elakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. 
    – Anda perlu mengelakkan telefon pintar anda daripada terjatuh, tercampak atau sebagainya bagi melindungi LCD tersebut.
  • Tekanan
    – Elakkan memberi tekanan kepada LCD telefon pintar anda sama ada sengaja atau tidak. Contohnya, terduduk dan memakai hard case pada telefon pintar anda.
  • Cahaya Matahari 
    – Elakkan daripada LCD telefon pintar anda terdedah kepada cahaya matahari ianya akan menyebabkan polarize pada LCD terbakar dan LCD akan bertukar kepada warna kuning.
  • Kain Lembut 
    – Anda digalakkan supaya membersihkan kaca hadapan LCD dengan menggunakan kain yang lembut supaya tiada kesan calar yang berlaku. Seeloknya menggunakan tisu basah.

Kami berjaya menyelesaikan masalah akak ni. Beliau juga sangat berpuas hati dengan harga kami dan servis serta layanan yang kami berikan.

“Pelanggan puas hati, kami senang hati”

Ada masalah seperti di atas?

Jumpa kami.

MRFIX Johor Bahru

No 34-01 Jalan Padi Emas
1/7 Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
Johor Bahru

Landmark : Atas Kauzs sederet Dominos
Operation Hours : 11am-10pm (Everyday Open)

Direct Whatsapp : www.wasap.my/601111931141  

 

Oleh Nur Farizah

Kepakaran kami di MRFIX Johor Bahru adalah solusi lengkap baikpulih peralatan telefon seperti iPhone, ipad, android phone seperti samsung, oppo dan lain – lain. Sila hubungi 011-11931141 menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lokasi dan anggaran kos.

Artikel ini juga mungkin menarik untuk dibaca…

0 Comments